Wednesday, November 4, 2009
Updates - November 09
we are doing this because thats what our leaders are doing.
just like 2004, we will be welcoming the medieval era again.
the priories
Thursday, August 6, 2009
TAHUN NI SEMUA MAMPOIH PI
Aku notice, lepas PRK Bkt Gantang aku kononnya nak rest tulih 1 bulan. Tapi lama-lama aku rasa makin hari makin boring. Drama-drama yang ada pun boleh predict, watak-watak BN dan PR pun macamtu jugak. Lepas tu ada la 3-4 PRK yang lain. Masih sama, tadak apa isu pun. Tak silap aku feng shui kata tahun ni tahun ‘rilek’. Maybe betui. Kalo ada babak-babak aksi pun, tapi ulangtayang. Dah tau apa nak jadi.
Nasib baik kami pakai nama “Priory of Jenin”. Maknanya tadak expectation apa-apa pun. Cuba bayangkan kalo kami pakai nama yang ‘gah’, dah tentu sekarang kami malu. Tapi tuh la, dalam dok jenin-jenin pun ada jugak yang expect something. Waduh-waduh.
Let me be clear, pelan banyak (jangan tau lagi la eh?), tapi kami takmau buat apa-apa kot tahun ni. Masing-masing komitmen banyak. Biaq la tahun ni jadi tahun menabung harap-harapnya. Tahun depan boleh jadi tahun perabih duit. Betui, nak aktif buat kerja tolong P.R ni kena berduit. Time Perak jatuh ke BN aritu kami ada try nak buat something, dengan limited budget. Tak jalan. So biaqlah semua pelan tu simpan dulu for now. Nanti dah senang sikit boleh la cerita. Insya-Allah, by early next year aku punya junior akan keluaq dari perut mak dia, so that’s my priority.
Aku nak membebel sikit jek lagi. How I wish Malaysia was UK, where almost every moms give birth at local government hospitals. AND IT’S FREE. Not just that, you’ll get monthly allowance, free medications and free milks for the baby until up to few years. Tapi aku kat Malaysia. Belum apa-apa dah kena buat kira-kira.
Monday, July 20, 2009
AKU MENYAMPAH
negaraku dah cacamarba. macam haram.
butuh pak hangpa, butuh pak hangpa (kepada para haramjadah2 di malaysia ni).
lain time citer.
Wednesday, June 17, 2009
malam seni - PENTAS KITA.. KARYA KITA
Wednesday, June 3, 2009
WE ARE IN HUSAM BRIGADE
1. public relations – had ni terang-terang Husam jauh berada di depan. Abg mat pun jauh kena titik.
2. husam masam – ada golongan umno yang bagi gelaran ni. Selalunya gelaran tak best sebab kita benci kat seseorang tu. Mr Nash apa gelaran? Nice Guy?
3. perwatakan – Mr Nash muka nerd. Elok dia dok diam-diam lambat laun masuk Dewan Ulama. Surathabaq pun kata dia dalam golongan ‘pro-ulama’. Husam agak hensem dan up-to-date kalo nak banding dengan orang PEH lain. Senang orang muda nak dekat. Nak maki pun senang. Nasib baik Mr Nash tak muka tadak nur macam Zambry.
4. kita tengok, perwakilan PEH nampak tak hint Tok Guru Nik Aziz. Hangpa ingat dia bagi statement tu tadak kira-kira ka?
5. Mr Nash – minta maaf, aku tak nampak dia buat apa pun selama ni. Mungkin disebalik tabir dia kerja gila babi, tapi impact dia tak terasa. Serupa macam tadak timbalan aje.
Mengikut pengamatan lebih kurang aku, rasanya Husam menang jugak nanti. Nash – join lefthanded lah. Nama pun sama. Bukan apa, aku dok nampak kalo PEH ni penuh dengan golongan berserban dia jadi tadak commercial appeal. Kesudahnya nanti PRU ke 13 kita kalah teruk. Hangpa dah lupa ka trend pilihanraya umum? Harap-harap kali ni tak jadi lagu tu.
Biaq la Tok Guru Nik Aziz aje ulama yang ramai peminat orang muda. Yang lain-lain tu susah mau cakap lah.
STADIUM RUNTUH – KITA TENGOK APA PIMPINAN P.R NAK BUAT
Stadium ni terletak dalam negeri bestari, apa jadah hadari ntah. Sementara dalam 4 negeri lagi, Presiden Pesatuan M-League-Is-Not-Football peringkat negerinya orang P.R kecuali Kelantan (Anuar Musa). Benda ni boleh dipolitikkan, dengan cara menolak apa-apa perlawanan bola di Kuala Terengganu. Stadium lama pun jangan main. Semua kena buat kat Bukit Jalil. Lagi, boleh desak untuk tak lawan team Teganu gara-gara menyediakan venue yang tak selamat selama M-League diadakan. Apalah sangat ‘M-League-Is-Not-Football’ kalau takda team Selangor, Kedah dan Perak, walaupun Perak macam taik sekarang. Tapi aku percaya, kalo lawan Perak, peminat bola at least tunggu jugak result.
Lagi, apa-apa acara sukan yang dibuat di Kompleks Sukan K. Terengganu kena pulaukan. Kena buat sampai orang Teganu merasa malu dengan negeri depa gara-gara berkerajaan BN. Lama-kelamaan akan ada mindset apa-apa projek yang difaraidkan ke kroni-kroni BN tak selamat. Lagi baguih buat sampai Agong pun terang-terang benci BN. Sekarang ni, ada lagi golongan atas pagaq yang pikiaq ‘dah benda nak jadi, ni bukan salah BN’. Golongan ni yang kita kena tampaq dahi depa. Geram aku kat bangsat sebangsa aku ni.
Ni benda yang aku boleh tulih dalam blog, tapi depa yang bergaji tadak masa ka nak pikiaq nak buat apa? Setakat tulih dalam blog, keluaq press statement menggesa kerajaan menyiasat je apa dapat? Cuba la radikal sikit. Benda macam ni jadi radikal pun orang tak marah.
Lagi satu, projek ni siap masa Shabery Air Lioq tepi bibir jadi menteri. Nak harap dia berenti? Hahaha. Telan air lioq la.
SEMPENA PERHIMPUNAN MELAYU GEGAR PERAK
Tapi yang lagi interesting ialah apa Pakatan Rakyat nak buat? Buat taktau? Nak stay defensive sampai taik nak terkeluaq? Atau ada pemikir yang tengah merancang sesuatu yang offensive?
Fikirkan senario ini;
“(Anwar Ibrahim dan Nizar berpakat sesuatu yang hanya mereka berdua je yang tau agenda ini.) Mereka bersama penyokong Melayu di dalam P.R sedang berarak membawa sepanduk di dalam jawi menuju ke Perhimpunan Melayu Perak. Dianggarkan jumlah yang mengikuti mereka lebih ramai dari ahli Umno yang tengah hadir di dalam Stadium Indera Mulia tersebut.Pihak polis tidak berjaya mengesan orang-orang terbabit kerana mereka hanya berpakaian seperti orang Melayu lain.” Cuba bayangkan kalau P.R boleh buat macamni, apa impaknya bagi orang yang berada dalam stadium tersebut? Nak halau? Haih, depa yang jemput. Polis yang jaga? Gerenti tak ramai punya. Kat dalam dewan pulak, takkan tadak sekumpulan yang dah kerat janggut (takmau bagi nampak macam orang PEH) yang menunggu siap-siap di dalam dewan tersebut yang akan bertakbir bila segerombolan manusia-manusia P.R tadi masuk dewan? Tv nak cakap apa, orang P.R nak hijack majlis? Hahaha. Kalau depa kata macam tu maknanya P.R dalam keadaan ofensif. Masyarakat secara umumnya akan kata yang Umno tolak perpaduan hingga sanggup menghalau Melayu lain. Kalau nak Hollywood sikit, takboleh ka P.R setup sistem audio yang berlainan dalam stadium tu sebelum perhimpunan tersebut. Gunanya ialah masa Anwar dan Nizar masuk, ada pulak MC yang ‘virtual’ announce ketibaan mereka dan meminta hadirin bertepuk gemuruh atau bertakbir dan mempersilakan mereka untuk memberi ucapan. Nak takut apa, Melayu P.R lagi ramai. Kalau dengaq jek puak Umno nak ‘boo’, kita baleh dengan takbir sampai nak tekeluaq kerongkong. Hahahah. Takpun hijack jek sistem tu, bukan susah pun.
Yang ni saja aku berangan sensorang la. Yang ni takkan terjadi, tu sebab aku berani publish. Yang boleh diusahakan tu biaq orang-orang terbabit fikir sendiri. Aku tak boleh tulis sini. Biaqla cerita atas yang ada cacat cela menjadi contoh yang mudah. Nak idea best boleh, kena beli la. Aku mahai!
Aku suka dibuktikan aku bersalah. Tapi yang aku dapat rasa pemimpin P.R ni dok bengong macamtu jugak. Abis kuat pun bagi komen dalam Sinar, lepas tu tulih kat blog masing-masing. Dekat bloggers aku tak kisah langsung kalo depa setakat nak tulih aje – dah tu deme koje tanpa bergaji, tapi yang agak ataih nun, yang dok dapat elaun parti apa hangpa nak buat?
Kalau tadak akai apa nak buat pi terjun lombong la weih.
Monday, June 1, 2009
UPDATE - early june edition
apa yg best, bila sembang ramai-ramai pasai TEKUN dan karenah birokrasinya kini, sempat juga aku bedai orang umno yang dok percaya TEKUN (baca Umno) ni tolong melayu, dan bagitau dr mansoq adalah antara orang yang mengasaskan TEKUN ni. ada juga mulut nakai dok percaya dr mansoq ni tarak buat apa pun, tapi aku kata kalo betui, dah lama MSM dok heboh dan jatuhkan dia dengan isu ni. then aku bagi kata pemati. aku bukak cerita grameen bank (http://www.grameen-info.org/index.php?option=com_content&task=view&id=19&Itemid=114) dan aku bagitau MARA pun belajaq dari sini. depa heran dan tanya 'takkan mansoq yang buat kot?' dan aku bagitau depa anwar ibrahim yang hantaq orang MARA belajaq kat grameen bank ni dan buat program tolong orang miskin kat malaysia ni. tercengang depa! geram aku, dok melayu sini sana! apapun aku kena bagi kredit kat MSK yang cerita pasai ni kat aku.
ok, pasai priory of jenin. aku takmo selalu update tulih panjang buat masa ni, cukup lah aku kata kami tengah plot something. kerja ni kemungkinan besaq tadak habuan apa pun, tapi kalo ikut pelan betui-betui, boleh kecoh jugak perak ni. its a damn meticulous hardwork. silap step memang naya.
akhir kata, secara personalnya saya menyeru kalau ada peluang kita perlecehkan umno, kita buat. tak kira cara apapun. pertimbangan moral? kita orang bawah, persetankan etika dan moral. tambah-tambah dengan aaa, aaa, aaa sekoq tuh.
Friday, May 15, 2009
CERITA PASAL KRISIS TAIK
Sampai hari ni kita dok masih berharap kat benda yang kemungkinan besaqnya tak jadi. Ada yang harap kat Sultan, ada yang harap kat mahkamah dan ada yang berharap dekat pilihanraya. Yang berharap dekat 2 benda yang pertama tu idealis sangat, tapi yang berharap kat pilihanraya ni pun satu hal juga.
Aku predict, kalo ada PR Negeri pun, kedudukan akan lebih kurang sama juga. Yang bukan Melayu punya undi masih akan kekal. Yang undi PEH dan PKR akan menurun beberapa percent. Sama macam keputusan Bukit Gantang jugak. Akan jadi juga tak kira sesiapa yang memerintah, pasti dengan majoriti tipis. Lepas tu akan jadi jugak Melayu bangsat dari PEH atau PKR yang kena patuk kali kedua.
Kesimpulannya aku taknak dismiss langsung chance untuk pilihanraya, tapi apa-apa pun kena get ready jugak. Tapi kalo dok harap aje tapi tak buat apa pun tak boleh gak. So kalo nak sangat ada pilihanraya senang jek, kita kena tipu UBN pulak. Lagu mana? Aku tak boleh cerita sini. Harap-harap konvensyen teh tarik menjadi, kat situ boleh bercerita.
Monday, May 11, 2009
MUSLIHAT UMNOTORIOUS
jangan jadi bodoh puji mahkamah adil macam sesetengah pemimpin PR buat. nanti anwar bersalah liwat sepul hangpa nak kata mahkamah tak adil pulak. they have tricks under their sleeves. if they dont do it today, they'll do it tomorrow, in most unthinkable ways. we've had it before.
we are not winning. the battle is still long ahead.
VENEZUELAN REVOLUTION – NAT GEO 553
Semalam aku balik ronda-ronda Sungai Buloh, nak balik Kelana Jaya. Aku pakai ‘highway’ NKVE, dengan harapan nak sampai rumah awai. Tau-tau dalam highway pun sekarang dah ada road block. Ada juga 3-4 kereta Bernama dok pakai emergency lane ke tempat polis buat road block. Balik rumah terus tak boleh tidoq sampai pukul 4am. Aku buka TV. ‘Surfin TV’ dan aku buka channel National Geographic. Title dia “Don’t Tell My Mother” ada cerita pasal Revolusi Sosialism Venezuela. Aku tak endorse socialism ni sangat, tapi dokumentari ni menarik. Sapa yang ada Astro cuba-cubalah check kalau ada lagi doku ni.
Wednesday, May 6, 2009
SEMPENA PERHIMPUNAN ESOK (7th May)
jadi kalau esok dengan hari panehnya, orang ramai pulak macam kat taiping masa penamaan calon haritu, mau nye jadi terkejut sekejap. bukan setakat terkejut
aje, tambah dengan menyampah pun sekali ada. mungkin puak-puak ni akan kata kita gila kuasa pun boleh jadi.
kita tengok jer apa jadi esok.
AAA - AAA - AAA Zambry style
i make it short, benda-benda joke macamni kalau dibuat secara besar-besaran macam best juga. kira macam psycology jugak. jadi mari kita aaa aaa aaa aaa aaa ramai-ramai. biaq dia tau kita kutuk peribadi dia. orang umno ni kita tak boleh bagi muka sangat. kita baik pun aaa, depa aaa kata kita aaa macam-macam.
the point here, biaq dia tau orang menyampah dengaq dia bercakap. aaa aaa aaa.
at the same time kita hantaq satu strong message kat pimpinan PR, yang mana tak reti bercakap tu elok jadi orang belakang udah le. buat orang sakit hati jek.
Friday, April 24, 2009
NIZAR AS MP - OUR VERY WISHES
ni antara hajat2 saya utk YB mp bukit gantang yg baru Dato' Seri Ir. Nizar.
-pasti yg pertama YB nizar kena ada team think tank yang baguih..mantapkan lagi gaya pidato n hujah ucapan dato'...komunikasi dato' setakat ini bagus n tersendiri, tapi perlu lebih ada x & y factor...appeal yg funny dlm issue yg serious, wittyness, cth terbaik DSAI, tapi tak perlu terikut2 cara beliau, utk attract lebih ramai melayu punya sokongan dr seberang sana.. sedikit sebanyak pasti mereka akan terima juga dato',because you are born to be a leader with brains, good brains..n berhikmah.
-hope u can gain more supports from more proffesionals malay yang involve dlm business,bukan utk kepentingan business tetapi utk sokongan dana bila keadaan memerlukan...
-otak tepu, apa lagi wishlist,taiping jadi republik..heheheheh.
-akn semakin byk musuh di sekeliling,(kalau depa busuk hati sgt la...harap2 nye tak tapi sejarah sudah menunjukkan)..berhati2 dgn oppurtunist..
-dlm parliament, cuba try avoid boycott n kluar dewan, ramai rakyat nampak tindakan spt tuh tak matang.. walaupun dr segi gimik n impak berita seperti satu kesepakatan..unless speaker dewan rakyat masih lagi haprak..
-terus support generasi muda,tidak di nafikan kepentingan islam n akhlak yg di anjurkan, namun appeal utk generasi yg muda hari nie cara nya amat berbeda..mungkin dato' seorang ayah yang tahu lebih mendalam perkara ini..(perhatikan iklan2 menggalakkan remaja menyertai persatuan yg sihat etc etc..secara ringkas dr barisan nasional...mesejnya agk appealling utk remaja neo-urban,saya amat pasti itu kerja team think tank najib lama sebelum dia memegang jawatan PM!,ya bagus niat kerajaan itu tapi adakah yang menghajatkan niat itu berhajatkan kuasa demi survival politik usang mereka atau sebaliknya!)
-tidak di nafikan pertembungan ideologi/latar belakang parti pakatan rakyat senantiasa menjadi buah mulut kempen barisan seberang itu tapi jika mereka berjaya spin the issue dgn cara yg tepat n lebih efektif, pakatan rakyat boleh terduduk dlm satu hari...jadi permintaan saya mungkin boleh di usahakan pemantapan parti dlm pakatan rakyat...yang sememangnya semakin mantap..pas semakin approachable di kalangan muda mudi...namun sentimen kabur terhadap pas masih menebal di kalangan rakyat muda juga..mungkin Dato' bley usahakan penjenamaan pas dlm bentuk yang lebih appealing...utk penambah baikan...supaya pas tak hanya dengan kopiah seperti yang di jaja oleh barisan seberang.
-sentimen ras di malaysia sgt tinggi, saya amat berharap dato' teruskan heroic leadership utk semua ras ini,
-mungkin nie ja yg say bley fikirkan...flight menunggu..tahniah,tahniah kepada semua yang berusaha mendapatkan kemenangan utk Dato' Seri...dengan izin Ilahi Dato'Seri di menangkan..
COMRADE31
Tuesday, April 21, 2009
KONSUMERISME – BOIKOT PRODUK YAHUDI, BERAPA JAUH?
Kita sedia maklum sebelum ni tersebar tentang kempen boikot produk yahudi. Ni aku tulih apa yang aku setuju dan apa yang aku tak setuju.
Kita juga tahu orang
Colgate pulak, sebab ada Darlie. Aku lagi suka Darlie. Produk lain pun banyak yang setanding. Sebenaqnya isu bagi aku susah nak boikot semua sebab alternative kurang. Aku boleh boikot KFC, pastu hangpa nak suruh aku pi Marrybrown? Buang duit. Aku ni konsumer, tapi kalau nak suruh aku buang duit pi Marrybrown, baik aku melantak ayam KFC je. Jadi, aku harap lepas ni Radix Fried Chicken boleh jadi alternatif betul-betul kepada KFC.
Cerita rokok pulak. Kita ketepikan isu haram halal. Majoriti perokok
Lagi satu, cip komputer Intel. Alternatif yang ada AMD, tapi bukan semua mau pakai AMD. Banyak isu menyebabkan orang lebih suka Intel. Lainlah kalau berduit boleh beli Apple.
Kalo ikut Khalid Ibrahim, dia kata kita kena berhati-hati boikot franchise Amerika ni supaya pengusaha-pengusaha tempatan yang menjalankan perniagaan sejenis ni tak terjejas, tapi bagi aku lantak pi la. Sapa suruh depa ni pi ambik barang yang dari dulu ada orang yang di Amerika memang dah boikot pun. Tu business risiko depa la tak banyak research masa nak start business.
Jadi kesimpulannya, kalo boleh elak, elaklah.
COMRADE1
Saturday, April 18, 2009
TADAK POS UTK SEKETIKA
kalau betui BN tarik diri kat Penanti, alhamdulillah. ntah2 dia main wayang. last minute dia submit juga. kita tengok episod selanjutnya.
COMRADE 1
Thursday, April 16, 2009
73 PINTU
Bila mata hati menjadi buta dan biru, bila sang pemimpin pekak dan bisu dengan tangis keluh rakyatnya yang miskin dan mundur, apa lagi yang diharap bila al-quran dan sunnah tidak dipegang dan diangkat sebagai garis pandu? maka tunggulah harinya kita dibakar tinggal abu. Aduhai pemimpin bendera biru, mohon rakyat beri restu..
Yang miskin jatuh papa, yang kaya, aset dirahsia mengalahkan harta maharaja. Bukan dusta, jauh sekali adu domba, sudah terbukti didepan mata hati yang malangnya buta. Kebenaran dan fakta disekat, propaganda dan agenda bijak dijaja dalam 'bersamamu' disaluran tanduk dan lidah bercabang tiga, kononnya membantu manusia keluar dari pintu papa, tidak pula dikaji semula punca kedana.
Pernah juga bertemu dengan jutawan pertanian, yang bermula dari bawah, mahu keluar dari kemiskinan, jatuh bangun kerjayanya dihadapi sendiri, harapkan peruntukan, mimpipun jangan. Setelah diumum belanjawan untuk pertanian, maka berlumbalah datuk-datuk bercucuk tanam, peruntukan berjuta disapu semua, untuk si miskin tinggallah seringit dua. Yang sepatutnya dibantu tidak dibantu, yang mengharap, menunggu macam tunggul kayu. Hanya sesudah dia berjaya, datanglah monyet-monyet bermata biru yang baik hatinya mahu berkongsi hasil. Baik ada makna.
Sewenangnya mereka meletakkan punca kemunduran dibahu pemimpin yang tak sehaluan ideologinya, yang tidak biru mata hatinya.
Disuatu negeri yang baru hendak menyusun langkah, yang pemimpinnya dipilih oleh rakyat yang memangkah, mereka rampas kuasa tak ubah seperti yahudi mabuk, zionis pegangannya. Baru setahun tak sampai dua, memimpin negeri sekangkang kera. Ditambah perisa fitnah menjadi boneka cina. Apa mereka fikir mudah untuk merubah dan memberi sinar dalam masa singkat sedemikian rupa? walhal kegelapan dan kemiskinan itu diwarisi dari mereka, yang lebih 50 tahun meneraju negara. Seperti meludah langit jatuh ke muka. Wahai umat manusia, kajilah semula berapa ribu ekar tanah yang mereka gadai kepada jutawan cina? rezab bangsa MELAYU pun mereka gadai, apalah sangat dengan bahasa. Orang meLAYU usahlah bangga bahasa MELAYU digunapakai antarabangsa, itu bukan bahasa meLAYU kita, itu bahasa MELAYU indonesia. Sudahpun dikaji dan dicerita, tapi disekat pula kebebasan bersuara dan kebenaran mata pena kita.
Aduhai pemimpin bendera biru.. dacing keadilan dan keseimbangan dibenderamu hanyalah hiasan, penuh drama dan wayang sembang sumbang yang selayaknya dibicara dan dipertonton dikedai kopi saja. Seperti gustilah senang cerita, yang memakan maruah diri dan sangat merbahaya jika dipraktikkan dirumah, ditempat kerja atau dimana-mana. Malanglah pula umat seisi tanah melayu kita, sampai ke parlimen mereka beraja, mahu ditentang bersemuka? sekali dihunus kerisnya, ISA lah habuannya. Astarghfirullah betapa besar kepala dan samsengnya mereka, dulu kini dan selamanya. Mereka ini seperti pelita usang dan kemik yang hampir kehabisan minyak tanah, jika keadilan dan kebebasan bersuara benar-benar menjadi amalan, nescaya padam habislah mereka. Tetapi malangnya rakyat yang sudah habis biru mata, mana tidaknya, 1 undi kembunglah poket mereka. Walaupun bersungut itu ini melambung naik harganya, kecuali gaji, seperti Tuah dan keris keramatnya, tetap setia tuli membeli dan menambah minyak tanah, lalu pelita usang ini teruslah bernyala. Sampai bila? sampai israfil meniup sangkakala lalu gempa menggegar bumi, jatuhlah pelita usang apinya membakar diri. Aduhai rakyat berhati biru, itulah siapa suruh kau beri restu..
73 pintu, yang sampai hanya 1. Kita digolongan yang mana? apa peluang kita dan anak-anak untuk menjadi 1?
Friday, April 10, 2009
YB NIZAR’S WHAT TO DO IN BKT GANTANG
1. Makam Long Japaq tu buat taktau pun takpa. Puak ‘feudal’. Aku tak bangga dengan dia. Aku mungkin salah anggap.
2. Ada tempat berkhelah nama Batu Hampaq, dekat area Trong. Buatlah tempat ni jadi glamour sikit. Jadikan macam ‘Burmese Pool’ kat kaki Bukit Larut nun. Rasanya billboard promosi tempat ni pun takdak. Paling sesuai boh kat tepi jalan masuk ke Tol Plus tu. Elok jugak kalau ramai orang mai mandi sini, sekurang-kurangnya kurang la lagi remaja buat projek dan hisap dadah kat situ.
3. Gelanggang futsal kat sebelah tempai juai durian tu, buatlah ‘Liga Perpaduan’ ka apa ka, sekurang-kurangnya YB ada tempat jumpa orang muda. Yang mana ‘kahaq’ sangat lawan YB masa berkempen haritu lama-lama cair la. Kat Malaysia ni mana ada lagi liga futsal yang berlanjutan sampai 6 bulan. Paling kurang dalam seminggu ada 1 hari untuk ‘hari perlawanan’. Projek ni bukan setakat menguntungkan dari segi politik, tapi kalau pandai boleh buat duit. Lagipun malu la kalo Presiden PAFA takdak apa-apa inisiatif. Paling siknifikan, sama aje la dengan presiden-presiden yang Umno. Nak cerita bab futsal ni duduk minum kopi pun tak abis.
4. Yang juai buah-buahan kat tepi jalan nun ramai, cuba fikirkan sikit apa boleh tolong depa. Geng Bloggers Network dengarnya dulu ada projek ‘CERIA’ tapi stuck sebab macam-macam terjadi muktahir ini. Cuba bawak berbincang dengan depa ni. Janganlah ingat depa time nak pilihanraya jer.
5. Kat Matang ada pasar borong, cuba bagi glamour dan besarkan sikit. Sekarang ni yang kat Kemunting lagi glamour. Sekurang-kurangnya dapat orang Bkt Gantang juai hasil tani dan orang Kuala Trong juai hasil laut. Nak cakap banyak pasal Trong saya taktau, mungkin sahabat kita Cyberboron boleh tolong.
6. Kes dadah. Dari masa YB dari Gerakan dulu, sampai la ke arwah Roslan tadak sapa ambil peduli pasal remaja-remaja Melayu yang terlibat dengan dadah, dari yang duduk dalam Kg Cheh sampai la kat Kuala Sepetang. Minta uruskan. Buatlah program bodoh-bodoh ‘Belia Bukit Gantang Sifar Dadah’ ka. Yang penting dokumentasi, tak kiralah dalam apa bentuk. Jangan jadi macam lepaih, buat macam-macam tapi rakyat marhaen tak paham apa pun.
7. Kat tepi replika buah-buahan tu eloknya ada papan besar yang tunjuk apa yang YB nak buat dan apa yang dah dibuat seeloknya ada kotak kosong untuk ditandakan. Biaq sampai orang yang lalu lalang pun tau apa YB nak/dah buat. Lepas tu boh la nombor-nombor telefon sapa yang patut. Tadak la longkang tersumbat pun nak panggil YB. Haru yob!
8. Tolong adakan sekretariat yang menguruskan masalah birokrasi orang kampung, dari hal pinjaman ke, undang-undang ke.
9. Kalau ada wang kot-kot boleh dipertimbangkan untuk buat open-stall mi udang dekat jalan KualaKangsar – Taiping. Mi Udang dan tak lupa Kanji Arab dah popular. Minta tolong sangat jangan la buat gerai-gerai rakyat macam yang dok ada sekarang ni. Orang Melayu dok bukak kedai juai benda makan (tomyam, tomyam, tomyam)yang sama jer. Mana nak produktif. Kalo boleh bagi kat puak-puak kita jer. Ada gak pekdahnya. Tapi apa hidangan yang nak dijuai tu kena ada proposal dulu. Kroni kita pun tapi dok juai macam yang saya dok cakap tu, baik tak payah. Nanti buka 6 bulan, lepas tu tutup.
10. Selain Festival Buah-Buahan yang diadakan sebelum ni, Bukit Gantang banyak benda yang boleh boast tourism industry. Blajo sampe Birmingham kalo tak nampak lagi tumpo Yob, spek dah pake.. lagi satu festival buah-buahan tu kal takdak lepas ni, naya..
11. Tiap-tiap apa yang dibuat diatas ada faedah politiknya kalo YB reti expand the horizon. Jangan lambat-lambat. Orang UMno berdengki dengan YB, takut baru 11 bulan kena pecat lagi!
COMRADE1 (dulu 8)
KABINET BAYANGAN VERSI PRIORY OF JENIN
PERDANA MENTERI
YB Anwar Ibrahim
TIMB. PERDANA MENTERI
YB Ir. Nizar Jamaluddin – mati la hang muhyiddey!
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. YB Gobala (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. YB R.Sivarasa (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. YB ?? (Unit Perancang Ekonomi)
4. YB Mujahid Yusof (Hal Ehwal Agama Islam)
MENTERI KEWANGAN:
YB Anwar Ibrahim
MENTERI KEWANGAN II:
Senator Husam Musa
MENTERI PELAJARAN:
YB Hayati Osman – penuhkan kouta.
MENTERI PENGANGKUTAN:
YB Khalid Samad – ramai ‘engine nyior’ dalam P.R ni.
MENTERI DALAM NEGERI:
YB Mahfuz Omar – baguih, tapi cakap omputeh kureng sikit. So jaga dalam negeri pun ok lah tu.
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
YB Fuziah Salleh – saja bagi. Tadak sebab.
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
YB Kamarul Bahrin – buatla apa nak buat. Jangan haramkan rock music cukup.
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
YB Tian Chua – Background NGO dia sesuai untuk pos ni.
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
YB Nasharuddin md isa – Presiden tak dapat apa, timbalan Presiden kena bagi. Nanti ngamok orang PAS.
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
YB Fong Po Kuan – dia ex-student UIA. Biaq dia deal dengan geng ‘Uitm for Bumiputra’. Baru depa tau..
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
YB Ngeh Koo Ham – penuhkan kouta. Takda sebab.
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
YB Yusmadi – mula-mula nak boh dia jaga sukan, tapi kot nanti dia pentingkan basketball dan American football. Lagipun dia muda, jadi up-to-date jugak. Ok kot?
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
YB Jeff Ooi – new blood. Good.
MENTERI PELANCONGAN:
YB Zuraida – ok la.. tak nampak yang lain ada bakat lagi.
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
YB Dzulkifli Ahmad – fizikal dah la tak baguih. So kena pakai otak. Tu amik Dr ni.
MENTERI PERTAHANAN:
YB Kamaruddin Jaafar – ok ka? Saja bagi kat puak Erdogan. Kalo bagi kat puak Hj Hadi nanti Amerika kata kita ekstrimis pulak.
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
YB Salahuddin Ayub – cuba-cubalah tanam ubi kayu. Maaf, pos lain tak layak lagi.
MENTERI KERJA RAYA:
YB Nizar – dah memang expert. Dato Shaziman tentu terketaq-ketaq.
MENTERI KESIHATAN:
YB Lolo’ – Dia memang doktor. Liaw Tiong Lai gheti ka apa dia cakap?
MENTERI SUMBER MANUSIA:
YB Johari Abdul - Bekas ketua BPN ni elok letak kat sini. Turnover lah sapa-sapa yang patut.
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
YB Hatta Ramli – dia boleh kot. hatta ni people friendly.
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
YB Nga Kor Ming – saja favour orang kampong!
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
YB Mariah Mahmud
MENTERI LUAR:
YB Saifuddin Nasution - tepat?
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
YB Azmin Ali - kena kot?
11 PKR, 12 PAS, 4 DAP.
DAP jangan banyak bunyi. Kang kot bagi banyak orang melayu ni pelik sikit. Bukan boleh. Sabaq-sabaq sikit.
PKR – nasib la. Lain kali cari calon-calon yang boleh diketengahkan. Jangan ambil terlalu banyak ex-Umno. Bahaya!
Bagi PAS yang mempunyai pos yang teramai, diminta jangan minta buat banyak sangat benda pelik. Malaysia tak berapa ready lagi.
Kuasa melantik timbalan menteri adalah atas budi bicara kementerian yang terbabit.
Yang popular tapi tak tersenarai;
YB Zulkifli Nordin – banyak akai sangat hang ni..
YB Khalid Ibrahim – kerja baguih, tapi cakap tergagap-gagap dan agak selekeh.
YB Hadi Awang – taktau nak bagi yang mana. Lagi senang tak payah langsung. Nanti buat akai!
YB Karpal Singh – old regime. Elok mati cepat. Liability.
YB Gobind – fraksi ni leceh sikit. Melayu tak berapa suka. Kena improve public relations dulu.
YB Kit Siang – old fraction. Jangan bagi muka. Lagipun bahasa Melayu pun lintang-pukang, ada hati nak jadi menteri.
YB Goh Burne Low – ni paling bengong. Buat pos khas kat dia; Kementerian Tangkap Gambaq! Ni lagi sekoq tak gheti cakap B.M.
YB Nurul Izzah – dok rumah la. Jaga anak lagi baguih.
COMRADE1
Tuesday, April 7, 2009
NEXT POSTINGS - shadow cabinet and Nizar 101
1. bagi masa dalam 2 hari, next posting aku saja nak buat shadow cabinet. dulu aku dah sembang dengan comrade31 pasal ni. lagipun bole compare dengan kabinet najib. nak tunggu P.R, aku taktau la bila nak keluaq hasil. asyik-asyik orang sama yg komen semua isu. boring! dulu nak amik kuasa sampai lupa 'bayangan' pun takda lagi.
2. Nizar 101 - tu bukan title sebenaq. tajuknya ialah 'projecting Nizar to be the best MP in Malaysia'. kami ni budak, jenin pulak tu. jadi jangan sesapa nak kata kami buat pandai. orang tua kalo tak boleh terima kami tak kisah.
aku tak tidoq dari time result keluaq lagi ni. sudah2 la. thanks to all, termasuklah geng BPN. you've helped getting the glamorous result indirectly.
0835 +8 GMT
COMRADE8
