Aku maleh nak sentuh pasai mukabalah ka, mukazambry ka, tapi saja nak bagi fakta-fakta santai kenapa kami sokong Husam in no order;
1. public relations – had ni terang-terang Husam jauh berada di depan. Abg mat pun jauh kena titik.
2. husam masam – ada golongan umno yang bagi gelaran ni. Selalunya gelaran tak best sebab kita benci kat seseorang tu. Mr Nash apa gelaran? Nice Guy?
3. perwatakan – Mr Nash muka nerd. Elok dia dok diam-diam lambat laun masuk Dewan Ulama. Surathabaq pun kata dia dalam golongan ‘pro-ulama’. Husam agak hensem dan up-to-date kalo nak banding dengan orang PEH lain. Senang orang muda nak dekat. Nak maki pun senang. Nasib baik Mr Nash tak muka tadak nur macam Zambry.
4. kita tengok, perwakilan PEH nampak tak hint Tok Guru Nik Aziz. Hangpa ingat dia bagi statement tu tadak kira-kira ka?
5. Mr Nash – minta maaf, aku tak nampak dia buat apa pun selama ni. Mungkin disebalik tabir dia kerja gila babi, tapi impact dia tak terasa. Serupa macam tadak timbalan aje.
Mengikut pengamatan lebih kurang aku, rasanya Husam menang jugak nanti. Nash – join lefthanded lah. Nama pun sama. Bukan apa, aku dok nampak kalo PEH ni penuh dengan golongan berserban dia jadi tadak commercial appeal. Kesudahnya nanti PRU ke 13 kita kalah teruk. Hangpa dah lupa ka trend pilihanraya umum? Harap-harap kali ni tak jadi lagu tu.
Biaq la Tok Guru Nik Aziz aje ulama yang ramai peminat orang muda. Yang lain-lain tu susah mau cakap lah.
Wednesday, June 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mamat Nash tu dengan bangga nya cakap "I still win"
ReplyDeleteBiar bebetul Nasharuddin Mat isa. Cuba kamu bertanding di luar Kelantan atau Trengganu, kat Negeri Sembilan ke, tengok kamu bolih menang tak.
Jangan lupa pengundi di luar bukan nya semua ahli PAS. Harap harap dua tiga hari ni TGHH dan Timbalan nya bercakap mengikut kehendak rakyat. Kalau tidak kepada UMNO cakap sahaja tidak jangan berbelit belit. Saya dah nak menyampah mereka ni nasib baik bila tengok muka TGNA hati ni rasa sejuk sahaja. Maaf cakap ya brother!!! saya bukan ahli Pas tapi dah lama pangkah PAS itu sahaja nak di sampaikan.
TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
ReplyDeleteErtinya:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi