Thursday, April 16, 2009

73 PINTU

73 pintu, yang sampai hanya 1. Kita digolongan yang mana? apa peluang kita dan anak-anak untuk menjadi 1?

Bila mata hati menjadi buta dan biru, bila sang pemimpin pekak dan bisu dengan tangis keluh rakyatnya yang miskin dan mundur, apa lagi yang diharap bila al-quran dan sunnah tidak dipegang dan diangkat sebagai garis pandu? maka tunggulah harinya kita dibakar tinggal abu. Aduhai pemimpin bendera biru, mohon rakyat beri restu..

Yang miskin jatuh papa, yang kaya, aset dirahsia mengalahkan harta maharaja. Bukan dusta, jauh sekali adu domba, sudah terbukti didepan mata hati yang malangnya buta. Kebenaran dan fakta disekat, propaganda dan agenda bijak dijaja dalam 'bersamamu' disaluran tanduk dan lidah bercabang tiga, kononnya membantu manusia keluar dari pintu papa, tidak pula dikaji semula punca kedana.

Pernah juga bertemu dengan jutawan pertanian, yang bermula dari bawah, mahu keluar dari kemiskinan, jatuh bangun kerjayanya dihadapi sendiri, harapkan peruntukan, mimpipun jangan. Setelah diumum belanjawan untuk pertanian, maka berlumbalah datuk-datuk bercucuk tanam, peruntukan berjuta disapu semua, untuk si miskin tinggallah seringit dua. Yang sepatutnya dibantu tidak dibantu, yang mengharap, menunggu macam tunggul kayu. Hanya sesudah dia berjaya, datanglah monyet-monyet bermata biru yang baik hatinya mahu berkongsi hasil. Baik ada makna.
Kata jutawan lagi, kalau orang kerajaan jujur buat kerja, percayalah tak ada seorangpun miskin hina di Malaysia. Janganlah marahkan jutawan, kasihan dia nanti di ISA pula, petani malangpun ada beritahu juga.
Sewenangnya mereka meletakkan punca kemunduran dibahu pemimpin yang tak sehaluan ideologinya, yang tidak biru mata hatinya.
Disuatu negeri yang baru hendak menyusun langkah, yang pemimpinnya dipilih oleh rakyat yang memangkah, mereka rampas kuasa tak ubah seperti yahudi mabuk, zionis pegangannya. Baru setahun tak sampai dua, memimpin negeri sekangkang kera. Ditambah perisa fitnah menjadi boneka cina. Apa mereka fikir mudah untuk merubah dan memberi sinar dalam masa singkat sedemikian rupa? walhal kegelapan dan kemiskinan itu diwarisi dari mereka, yang lebih 50 tahun meneraju negara. Seperti meludah langit jatuh ke muka. Wahai umat manusia, kajilah semula berapa ribu ekar tanah yang mereka gadai kepada jutawan cina? rezab bangsa MELAYU pun mereka gadai, apalah sangat dengan bahasa. Orang meLAYU usahlah bangga bahasa MELAYU digunapakai antarabangsa, itu bukan bahasa meLAYU kita, itu bahasa MELAYU indonesia. Sudahpun dikaji dan dicerita, tapi disekat pula kebebasan bersuara dan kebenaran mata pena kita.

Aduhai pemimpin bendera biru.. dacing keadilan dan keseimbangan dibenderamu hanyalah hiasan, penuh drama dan wayang sembang sumbang yang selayaknya dibicara dan dipertonton dikedai kopi saja. Seperti gustilah senang cerita, yang memakan maruah diri dan sangat merbahaya jika dipraktikkan dirumah, ditempat kerja atau dimana-mana. Malanglah pula umat seisi tanah melayu kita, sampai ke parlimen mereka beraja, mahu ditentang bersemuka? sekali dihunus kerisnya, ISA lah habuannya. Astarghfirullah betapa besar kepala dan samsengnya mereka, dulu kini dan selamanya. Mereka ini seperti pelita usang dan kemik yang hampir kehabisan minyak tanah, jika keadilan dan kebebasan bersuara benar-benar menjadi amalan, nescaya padam habislah mereka. Tetapi malangnya rakyat yang sudah habis biru mata, mana tidaknya, 1 undi kembunglah poket mereka. Walaupun bersungut itu ini melambung naik harganya, kecuali gaji, seperti Tuah dan keris keramatnya, tetap setia tuli membeli dan menambah minyak tanah, lalu pelita usang ini teruslah bernyala. Sampai bila? sampai israfil meniup sangkakala lalu gempa menggegar bumi, jatuhlah pelita usang apinya membakar diri. Aduhai rakyat berhati biru, itulah siapa suruh kau beri restu..

73 pintu, yang sampai hanya 1. Kita digolongan yang mana? apa peluang kita dan anak-anak untuk menjadi 1?
Comrade7

1 comment:

  1. Salam Comrade7
    Baca kali pertama .. teman masih memikio tentang 73 pintu tu. Rasa benak pulak malam ni
    Baca kali kedua .. bajet untuk rakyat 73 bilion .. tapi abih kena songlap. Tinggai singgit jer untuk rakyat berebut. Singgit punye pasai, rakyat boleh kelahi. Tapi la ni satu pintu tu pun deme nak sapu abih. Rakyat kalo nak idup, pandei2ler

    ReplyDelete