Wednesday, June 3, 2009

SEMPENA PERHIMPUNAN MELAYU GEGAR PERAK

Aku mula-mula tak amik port langsung puak tu nak buat apa pun. Cuma, it’s interesting to know the real agenda behind this rally. Secara depan mata kita boleh menjangkakan ini satu percubaan dari Umno untuk menunjukkan betapa orang Melayu berada dibelakang mereka. Tapi betoi ka ni agendanya? Ka kena seluk dalam seluaq baru rasa kekerasannya?

Tapi yang lagi interesting ialah apa Pakatan Rakyat nak buat? Buat taktau? Nak stay defensive sampai taik nak terkeluaq? Atau ada pemikir yang tengah merancang sesuatu yang offensive?

Fikirkan senario ini;
“(Anwar Ibrahim dan Nizar berpakat sesuatu yang hanya mereka berdua je yang tau agenda ini.) Mereka bersama penyokong Melayu di dalam P.R sedang berarak membawa sepanduk di dalam jawi menuju ke Perhimpunan Melayu Perak. Dianggarkan jumlah yang mengikuti mereka lebih ramai dari ahli Umno yang tengah hadir di dalam Stadium Indera Mulia tersebut.Pihak polis tidak berjaya mengesan orang-orang terbabit kerana mereka hanya berpakaian seperti orang Melayu lain.” Cuba bayangkan kalau P.R boleh buat macamni, apa impaknya bagi orang yang berada dalam stadium tersebut? Nak halau? Haih, depa yang jemput. Polis yang jaga? Gerenti tak ramai punya. Kat dalam dewan pulak, takkan tadak sekumpulan yang dah kerat janggut (takmau bagi nampak macam orang PEH) yang menunggu siap-siap di dalam dewan tersebut yang akan bertakbir bila segerombolan manusia-manusia P.R tadi masuk dewan? Tv nak cakap apa, orang P.R nak hijack majlis? Hahaha. Kalau depa kata macam tu maknanya P.R dalam keadaan ofensif. Masyarakat secara umumnya akan kata yang Umno tolak perpaduan hingga sanggup menghalau Melayu lain. Kalau nak Hollywood sikit, takboleh ka P.R setup sistem audio yang berlainan dalam stadium tu sebelum perhimpunan tersebut. Gunanya ialah masa Anwar dan Nizar masuk, ada pulak MC yang ‘virtual’ announce ketibaan mereka dan meminta hadirin bertepuk gemuruh atau bertakbir dan mempersilakan mereka untuk memberi ucapan. Nak takut apa, Melayu P.R lagi ramai. Kalau dengaq jek puak Umno nak ‘boo’, kita baleh dengan takbir sampai nak tekeluaq kerongkong. Hahahah. Takpun hijack jek sistem tu, bukan susah pun.

Yang ni saja aku berangan sensorang la. Yang ni takkan terjadi, tu sebab aku berani publish. Yang boleh diusahakan tu biaq orang-orang terbabit fikir sendiri. Aku tak boleh tulis sini. Biaqla cerita atas yang ada cacat cela menjadi contoh yang mudah. Nak idea best boleh, kena beli la. Aku mahai!

Aku suka dibuktikan aku bersalah. Tapi yang aku dapat rasa pemimpin P.R ni dok bengong macamtu jugak. Abis kuat pun bagi komen dalam Sinar, lepas tu tulih kat blog masing-masing. Dekat bloggers aku tak kisah langsung kalo depa setakat nak tulih aje – dah tu deme koje tanpa bergaji, tapi yang agak ataih nun, yang dok dapat elaun parti apa hangpa nak buat?

Kalau tadak akai apa nak buat pi terjun lombong la weih.

No comments:

Post a Comment