Friday, April 10, 2009

YB NIZAR’S WHAT TO DO IN BKT GANTANG

Saja aku boh title macam kat atas tu. Bukan maksud nak bagitau apa dia kena buat, tapi bagi pandangan apa dia boleh buat tolong orang bukit gantang. Aku ni local, kira berhak jugak la nak cakap. Apa-apa pun aku try tulis benda yang orang lain tak pikir. Maybe ada yang fikir jugak..

1. Makam Long Japaq tu buat taktau pun takpa. Puak ‘feudal’. Aku tak bangga dengan dia. Aku mungkin salah anggap.

2. Ada tempat berkhelah nama Batu Hampaq, dekat area Trong. Buatlah tempat ni jadi glamour sikit. Jadikan macam ‘Burmese Pool’ kat kaki Bukit Larut nun. Rasanya billboard promosi tempat ni pun takdak. Paling sesuai boh kat tepi jalan masuk ke Tol Plus tu. Elok jugak kalau ramai orang mai mandi sini, sekurang-kurangnya kurang la lagi remaja buat projek dan hisap dadah kat situ.

3. Gelanggang futsal kat sebelah tempai juai durian tu, buatlah ‘Liga Perpaduan’ ka apa ka, sekurang-kurangnya YB ada tempat jumpa orang muda. Yang mana ‘kahaq’ sangat lawan YB masa berkempen haritu lama-lama cair la. Kat Malaysia ni mana ada lagi liga futsal yang berlanjutan sampai 6 bulan. Paling kurang dalam seminggu ada 1 hari untuk ‘hari perlawanan’. Projek ni bukan setakat menguntungkan dari segi politik, tapi kalau pandai boleh buat duit. Lagipun malu la kalo Presiden PAFA takdak apa-apa inisiatif. Paling siknifikan, sama aje la dengan presiden-presiden yang Umno. Nak cerita bab futsal ni duduk minum kopi pun tak abis.

4. Yang juai buah-buahan kat tepi jalan nun ramai, cuba fikirkan sikit apa boleh tolong depa. Geng Bloggers Network dengarnya dulu ada projek ‘CERIA’ tapi stuck sebab macam-macam terjadi muktahir ini. Cuba bawak berbincang dengan depa ni. Janganlah ingat depa time nak pilihanraya jer.

5. Kat Matang ada pasar borong, cuba bagi glamour dan besarkan sikit. Sekarang ni yang kat Kemunting lagi glamour. Sekurang-kurangnya dapat orang Bkt Gantang juai hasil tani dan orang Kuala Trong juai hasil laut. Nak cakap banyak pasal Trong saya taktau, mungkin sahabat kita Cyberboron boleh tolong.

6. Kes dadah. Dari masa YB dari Gerakan dulu, sampai la ke arwah Roslan tadak sapa ambil peduli pasal remaja-remaja Melayu yang terlibat dengan dadah, dari yang duduk dalam Kg Cheh sampai la kat Kuala Sepetang. Minta uruskan. Buatlah program bodoh-bodoh ‘Belia Bukit Gantang Sifar Dadah’ ka. Yang penting dokumentasi, tak kiralah dalam apa bentuk. Jangan jadi macam lepaih, buat macam-macam tapi rakyat marhaen tak paham apa pun.

7. Kat tepi replika buah-buahan tu eloknya ada papan besar yang tunjuk apa yang YB nak buat dan apa yang dah dibuat seeloknya ada kotak kosong untuk ditandakan. Biaq sampai orang yang lalu lalang pun tau apa YB nak/dah buat. Lepas tu boh la nombor-nombor telefon sapa yang patut. Tadak la longkang tersumbat pun nak panggil YB. Haru yob!

8. Tolong adakan sekretariat yang menguruskan masalah birokrasi orang kampung, dari hal pinjaman ke, undang-undang ke.

9. Kalau ada wang kot-kot boleh dipertimbangkan untuk buat open-stall mi udang dekat jalan KualaKangsar – Taiping. Mi Udang dan tak lupa Kanji Arab dah popular. Minta tolong sangat jangan la buat gerai-gerai rakyat macam yang dok ada sekarang ni. Orang Melayu dok bukak kedai juai benda makan (tomyam, tomyam, tomyam)yang sama jer. Mana nak produktif. Kalo boleh bagi kat puak-puak kita jer. Ada gak pekdahnya. Tapi apa hidangan yang nak dijuai tu kena ada proposal dulu. Kroni kita pun tapi dok juai macam yang saya dok cakap tu, baik tak payah. Nanti buka 6 bulan, lepas tu tutup.

10. Selain Festival Buah-Buahan yang diadakan sebelum ni, Bukit Gantang banyak benda yang boleh boast tourism industry. Blajo sampe Birmingham kalo tak nampak lagi tumpo Yob, spek dah pake.. lagi satu festival buah-buahan tu kal takdak lepas ni, naya..

11. Tiap-tiap apa yang dibuat diatas ada faedah politiknya kalo YB reti expand the horizon. Jangan lambat-lambat. Orang UMno berdengki dengan YB, takut baru 11 bulan kena pecat lagi!

COMRADE1 (dulu 8)

9 comments:

  1. Salam Jenin
    Samada mike bagi ker tak bagi ker, teman ambik juge posting mike yang ini.

    ReplyDelete
  2. cadangan yg memang bagus. politik-politik juga, tetapi perancangan dan usaha tetap kena dijalankan di kawasan yang dimenangi.

    itulah 'amanah'. dan takziah pada nizar di atasnya.

    ReplyDelete
  3. Salam PrioryOfJenin,
    Pandangan dan cadangan ni cukup bagus dan praktikal. Belanja pun tak tinggi. Manfaatnya memang banyak.
    Kita pakat-pakat dengan MSK, Mamamat, ManjungMari dll jumpa Nizar.

    ReplyDelete
  4. Salam PrioryOfJenin

    Cadangan yg bernas terutama kpd kalangan muda. Mesti ada alternatif utk mereka utk mengelakkan mereka membuang masa atau terjerumus ke "lubuk binasa".

    Ada link mengenai diri saya yg mungkin tidak diketahui oleh "mereka" utk mengadakan aktiviti-aktiviti ini.

    http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/2008/03/rakyat-negeri-perak-yang-aktif.html

    Lukmanw

    ReplyDelete
  5. mr mamamat..
    takda copyright pun. sila ambil takpayah kebenaran.
    bkt tok sera, mmg betui. tahun ni mcm2 dah jadi. its time to get back to work!
    dr wahab, YB nizar and org bkt gantang taktau lg pasal projek 'ceria'. yg tu kalo bermodal ibarat 'timebomb'.
    lukmanw, thanks for the link. mcm2 benda boleh buat kalo depa ceghedik!

    thanks to all
    COMRADE1

    ReplyDelete
  6. Teman pun sama ngan mamamat... mike nak marah, marahlah... teman tak kira... teman cilok post ni...

    Hahaha..!

    ReplyDelete
  7. Salam semua,

    1) Ngapa tak dicadangkan saja tubuh sebuah koperasi, contohnya Koperasi Bkt. Gantang? utk bangunkan prasarana perniagaan yg ada potensi;

    2) Ngapa tak dicadangkan saja tubuh sebuah badan bertindak 'Belia Anti-Dadah Bkt Gantang'? utk atasi masalah dadah yg udah sekelian lama menghantui penduduk;

    3) Then, salurkan kepada agensi, NGO, pihak berkuasa berkaitan utk dapatkan whatever support;

    4) Jangan kita pikiokan semua masalah dapat diselesaekan via saluran politik semata!! Masalah sosial, masalah ekonomi adalah masalah bersama... lebih tepat kita katakan masalah penduduk setempat;

    5) Maap cakap, kita udah lebih 50 th merdeka, tapi kita masih blum bebas dlm cara kita bertindak!! ni krana kita masih nunggu orang lain nak tolong 'uruskan' diri kita;

    6) Jangan le kita harapkan perubahan, kalo perubahan tu idak bermula dari diri sendiri ( maksud Ar-Ra'd: ayat 11)

    Selamat Maju Jaya. Wassalam

    ReplyDelete
  8. samagreen,
    terimakasih atas segala respon. yang hal koperasi tu geng BNM ada bincang dahulu. masalahnya perlaksanaan peringkat kerajaan yang kantoi. birokrasi. mcm2. ditambah pulak kerajaan dirampas, jd tak sempat nak buat apa pun.
    bak kata MSK, dlm PR idea banyak gila, tapi sapa nak buat? kalo blogger nak buat, yg ataih mau tolong ka? ada yg nak tolong, tapi tolong pijak balik. ada cerita exco yg lompat tu boleh pulak mintak projek tu utk depa, kat org bg proposal dia nk bagi 10%.
    kat pembuka kata aku dah habaq aku takmau tulih apa yg org lain dah tulih. cerita nak bikin koperasi dah byk sgt aku dengaq.jikalau anda hebat dari segi koperasi, hulurkan tangan anda. expertise aku kat tempat lain.
    ya, aku boleh buat segala yg dicadangkan, tp skg aku bukan ada cita-cita politik pun. kalo YB nizar buat, biaq dia yg dpt nama. aku mau tolong boast nama dia je. kalau aku bigtime biznessman aku boleh bg duit utk buat semua tu. nizar kan 'bole' dpt rm120k duit peruntukan utk parlimen.
    the point here, aku nak bg nama nizar naik. kalo aku yg buat pun, nama aku yg naik. aku tak hingin pun semua tu. so its not the point that 'we depend entirely at other people to manage ourselves'. even if so, that's the legacy of BN for 50 years of tenure.
    kes dadah umpamanya, hang ingat aku tera ka nak deal dgn pirates kat kuala sepetang tu? dari dulu cina port weld terkenal dgn berani matinya. aku tak ready. so baik org yg dihormat yg deal semua tu.
    sebelum lupa, part yg last (kena pecat) tu mmg susah nak jadi. saja tulih bg lebih suspen. haha. mana tau kot betui2 jadi menteri ka, pastu BN guna ashkar wataniah rampas kuasa balik.

    ReplyDelete
  9. (off topic)

    Dear Fellow Kopite,

    Saw yer comments at Amir's blog.

    You are cordially invoted to post yer thoughts & tributes to our fallen comrades of Hillsborough at http://anfielddevotee.blogspot.com/ .

    ps: Me has been telling people fer over 20 years that PAS is a VIABLE alternative to BN/umno. Very good to see the message finally getting thru.

    But seriously dude, something's gotta be done bout the hardliners who treathen to turn PAS into another racial monolith like umno.

    Hidup PAS , Hidup demokrasi, Hidup Malaysia!

    pps: "We should stop viewing everything through ethnic prism" - Najib. WTF?!!? cakap tak serupa bikkin . . .

    ReplyDelete