Thursday, April 2, 2009

MACAM-MACAM ADA…

Ketika saat saya menulis sekarang telah muncul beberapa analisa serta keyakinan bahawa MB Nizar akan memenangi PRK Bkt Gantang. Saya juga agak optimistik pada kali ini memandangkan faktor kaum bukan melayu yang menjadi penentu disamping ketokohan Ir Nizar yang mengikut penilaian saya sebagai 'poor man's anwar'. Hangpa nak kata nizar sama level dengan anwar itu hak hangpa. ni persepsi aku. Ada benda yang Nizar takda lagi tapi ada pada Anwar and vice versa. Tapi anwar ada lebih tang benda yang lagi dominan.

Hangpa ingat tak masa dato nasa melompat dulu, berapa ramai yang dok seronok bukan main, dan selang beberapa hari, kerajaan perak jatuh tersungkoq. Sebenaqnya sampai hari ni kita tak pasti sapa betul2 orang yang jadi balaci buat kerja ni, melainkan bos besaq depa, alnajibun ibni almarhum altantuyallah.

Dato Nasa ikhlas atau jadi torjan horse najib sampai hari ni pun kita tak pasti. Tapi gayanya najib macam ada few suprises menjelang hari-hari terakhir PRK nanti. Cerita si polan itu dan si polan ini keluar PAS dan PKR secara beramai-ramai memang dah jadi trend. Tactic public perception pilihanraya yang dah basi. Pakatan Rakyat pun bengong dok ikut jugak trend tu. 2 x 5. Yang jenuh explain beza PR dan BN kat orang ramai orang bawah. Orang atas huhahuha.

Mungkin pendapat orang-orang yang mengikuti politik secara dekat berlainan dengan golongan yg tak berapa nak amik port hal hal ni. Saya ni nak kata hari hari cakap politik tak jugak, ada hari sembang benda biasa, ada hari sembang pasal ugama dan lain-lain. Pendek kata saya melepak dengan semua jenis orang la jugak.

Lagi sekali, hangpa nak kata apa tu hak hangpa, tapi berdasarkan pengamatan aku, PR kemungkinan besar sudah berjaya memenangi hati bukan melayu. InsyaAllah 70% undi sudah berjaya dalam genggaman. Tapi masalahnya kaum melayu. Melayu ni bukan reti apa. Cakap Islam berdegaq-degaq, pastu terselit jugak perkataan 'melayu'. Cukup la kalo hari-hari putaq cerita 'nizar boneka cina', abis depa percaya. Tv punya putaq orang macam kita yang tau cerita takpa, tapi golongan ni? ni nak cerita sikit kesan daripada tengok selang beberapa hari selepas rampasan kuasa haritu.

Satu malam tu aku lepak kat kedai zambry area PJ ni, ada la dalam 6 orang. Dalam 6 orang ni ada 2 orang yang nyampah umno (aku dan lagi sorang), dan lagi 4 orang tu ada yang atas pagar dan ada yang umno totok. nak kata peribadi baik macam Pemuda PAS idak le, masing-masing ada dosa tersendiri. Maklumlah, dok KL. Pada mula perbincangan aku perasan yang 4 orang tu semua dok pakai hujah yang dalam tv3. Heran gak aku dengan orang jenis ni; dalam dok clubbing, main pompuan, tonggang arak pun tiba-tiba sensitiviti pasal raja pun boleh ada. Ada yang berhujah yang ni lah yang last melayu ada. kira susah jugak nak turning over jenis ni. tegang sikit la jugak malam tu dengan masing-masing dengan hujah tersendiri. So maknanya orang Melayu mudah sangat tersentuh dengan isu raja-raja ni. Tapi bukan semua Melayu macam tu. Ada la minority yang dah jadi ‘republican’.

Cerita lagi satu, baru-baru ni aku ada beli vcd 'rampasan kuasa di perak', tak silap aku hasil kerja sekretariat kerajaan negeri. Ni nak habaq mai intro dan outro video tu dok highlight insiden tunjuk perasaan kat Masjid Ubudiah tu (ihsan Malaysiakini). Lepas tu narator tersebut pun komen la pungpang pungpang manifestasi kemarahan rakyat la, polis zalim la, et cetera. tujuan asal aku beli vcd tu pertama sekali mesti la aku nak nengok dengan kawan-kawan rumah,

pastu ada la niat nak pass kat orang yg atas pagar. Tapi harapan aku tinggal harapan, duit rm5 tu baik aku tambah rm1.50 beli dunhill 14 lagi bagus. Aku dan kawan-kawan aku pun dok kutuk video tu. Tak boleh nak turn over orang langsung. Nak bagi orang lain tengok? Silap-silap aku kena bambu balik. Cuba pikir balik, nak defend lagu mana kalo rakyat yang berarak yang push polis dulu? Video tu tunjuk bukan yang macam kat kL yang terang-terang polis yang serang dulu.

Kesimpulannya persepsi video tu bukan berjaya tunjuk sokongan rakyat kepada MB, tapi lebih kepada percubaan untuk derhaka kepada sultan. Apa ni?

Lagi satu, untuk maklumat tambahan yang takda kena mengena, mamat yang baring depan trak FRU tu duduk Batu 2 ½, kat Jalan Simpang. Family dia juai ayaq tebu kat pasar malam area Taiping. Pak dia nama ‘Saadon’. Dulu masa sekolah kami dok main nama bapak je. Haha.

Aku taktau nak kata apa, tapi takkan takda sorang pun yang tau pasal 'damage control'. aku ada juga kawan dengan Public Relations untuk badan korporat dan artis-artis (nak nombor Faezah Elai atau Juliana Evans? Jangan mimpi, bik mama najibun aku bole bagi) Jadi aku belajaq jugak la pasai 'damage control' ni. Mungkin aku tak pernah raih undi rumah ke rumah, dan dulu pun jika peraih Pakatan mai umah aku bagi minum dan perambat depa awai-awai lagi soh depa pi umah lain (umah kampung aku semua tak undi BN sampai mati).

Pasal bab ni aku respek cara MB Nizar punya statement tiap-tiap kali ceramah. dia tak endorse langsung event tu dan pada masa yang sama tak kutuk langsung penunjuk perasaan tu. Ya la, nak jaga juga hati orang bawah. Nak buat camna, depa tengah marah. Kalo nak jaga hati sultan dan kutuk depa ahli lain pun marah jugak, jadi thumbs up untuk sapa yang jaga PR MB ni. Minta maaf nak bagitau, dulu aku ingat hangpa ceroi. tapi mungkin hangpa ceroi lagi, tp MB orang bijak. Apa-apa pun, dalam liuk lintuk public relations, had ni baguih. Aku takmau sentuh pasal insiden Masjid Simpang, tapi sepanjang tempoh pilihanraya ni MB Nizar punya public relations memang tiptop. Kebanyakan apa yang aku terpikir semua dia dah buat. Cuma apa yang aku tak nampak lagi dia memang turun padang bola pakai track bottom layan main bola sekali. Presiden PAFA tak gheti sepak bola maknanya sama le macam had lepaih tu. Takpun pi nyibuk layan takraw. Kat area Bukit Gantang ada lagi budak-budak yang layan takraw. Kalo MB buat macam ni abis hati la sapa yang tengok. Lagi satu patutnya MB Nizar kena ada sorang yang ikut dan sentiasa ambil video. Dalam tempoh terdekat ni macam-macam boleh jadi. Kalo takde sangat orang nak buat pun Tanya-tanya la geng blog. Ada 3 puak bekerjasama untuk pilihanraya Bukit Gantang kali ni. Ada yang sanggup buat.

Aku boleh cerita panjang, tapi bukan sekarang medannya. Harap-harap ada la orang perhati Azli Taliban bersembang-sembang dengan orang. Mamat ni PAS through and through, and aggressive skit. Bahaya.

lagi satu, nak minta kat yang atas tu, tolong la buat archieve berita tv3 tiap-tiap malam. Senang nak tangkis serangan. Senang nak bukti kepada rakyat tv ni spin doctor. Dvd recorder bukan mahai dah zaman sekarang. Sekretariat Media tu biaqla jadikan organisasi yang PR Pusat ada salur duit. Mintak hangpa janganla dok kemut had ni.

teman tau, ada juga mulut yang akan kata teman ni cakap je pandai, buatnye idak. bukan takda niat, tapi ada halangan sikit. insyaAllah bila kehidupan teman dah balik normal, teman akan buat sesuatu.

Mengikut kitab Tajul Muluk yang aku kira dulu (ntah betui idak kiraan aku) Najib sama kuat dengan Anwar. Aku rasa memang macam tu pun relalitinya. Aku taktau apa Anwar tengah kira-kira sekarang, tapi Najib ada surprises nanti. Dia tu nampak macam bodoh dan lembab tapi think-tank dia handal beb. Jangan kita yang ternganga Selasa ni.

last sekali, saja nak remind skit. politik ni pasal persepsi, tapi kalo persepsi orang atas nampak tak betui, yang susah buat kerja orang bawah. Walaupun hakikatnya hangpa betui. Jadi bersiap-sedialah.

p/s.. ada sesapa mau kira tajoi muluk untuk pilihanraya ni? Para pak sheikh jangan la serious sangat, nak kira jek, bukan nak percaya bulat-bulat.

COMRADE8

4 comments:

  1. bro... klu nak tulis artikel tolong buat perenggan bro... biar sedap mata nak baca...
    sekadar memeberi pandangan....

    ReplyDelete
  2. betul2..politik ni persepsi.. sekarang ni persepsi di pihak pakatan. harap2 anwar dapat gunakan sebaik mungkin..

    (betul-tolomng wat perenggan) sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  3. neraka banyak kosong untuk penulis blog spt ni, tak rasa berdosa memfitnah ke?

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas segala teguran. akan dilakukan di masa hadapan.
    kalo ada berlaku unsur fitnah di sini tolong bagitau. aku pun taknak masuk neraka sebab fitnah orang.

    tq

    ReplyDelete