Wednesday, May 6, 2009

SEMPENA PERHIMPUNAN ESOK (7th May)

aku sibuk kerja nak tulih pepanjang ni. silap-silap malam ni pun tak boleh tido sebab nak ngejor ke ipoh awal pagi nanti. aku just nak cakap harap-harap nanti ada la sukarelawan yang bertugas jaga keselamatan awam, disamping dapat menguruskan peserta supaya segalanya berjalan licin, terutamanya mengenai kenderaan orang awam. bukan apa, kalau kita tengok result PRU ke 12 yang lepas, kat ipoh ni penyokong MELAYU PR dan BN sama banyak. tambah tolak selepas krisis Perak, timbang balik aku rasa sama jek. yang pastinya melayu fence-sitters atau yang lagi senang dikata golongan yang tak ambil peduli hal politik sangat sekarang lebih cenderung ke BN (hangpa nak syok sendiri hangpa punya suka).

jadi kalau esok dengan hari panehnya, orang ramai pulak macam kat taiping masa penamaan calon haritu, mau nye jadi terkejut sekejap. bukan setakat terkejut
aje, tambah dengan menyampah pun sekali ada. mungkin puak-puak ni akan kata kita gila kuasa pun boleh jadi.

kita tengok jer apa jadi esok.

1 comment:

  1. assalamualaikum, patek mohon sembah derhaka, baru kejap tadi hamba linkkan blog tuanku ini di blog-list utama kat blog hamba.

    teruskan coretan dan hayunan mantap tuanku di persada maya ini.

    ma'assalamah.

    ReplyDelete