Wednesday, June 17, 2009

malam seni - PENTAS KITA.. KARYA KITA




dijemput mai. yang mana totok umno pun datang la. aku taktau boleh datang ke tak. ada agenda besar menanti lagi 8 bulan.

Wednesday, June 3, 2009

WE ARE IN HUSAM BRIGADE

Aku maleh nak sentuh pasai mukabalah ka, mukazambry ka, tapi saja nak bagi fakta-fakta santai kenapa kami sokong Husam in no order;

1. public relations – had ni terang-terang Husam jauh berada di depan. Abg mat pun jauh kena titik.
2. husam masam – ada golongan umno yang bagi gelaran ni. Selalunya gelaran tak best sebab kita benci kat seseorang tu. Mr Nash apa gelaran? Nice Guy?
3. perwatakan – Mr Nash muka nerd. Elok dia dok diam-diam lambat laun masuk Dewan Ulama. Surathabaq pun kata dia dalam golongan ‘pro-ulama’. Husam agak hensem dan up-to-date kalo nak banding dengan orang PEH lain. Senang orang muda nak dekat. Nak maki pun senang. Nasib baik Mr Nash tak muka tadak nur macam Zambry.
4. kita tengok, perwakilan PEH nampak tak hint Tok Guru Nik Aziz. Hangpa ingat dia bagi statement tu tadak kira-kira ka?
5. Mr Nash – minta maaf, aku tak nampak dia buat apa pun selama ni. Mungkin disebalik tabir dia kerja gila babi, tapi impact dia tak terasa. Serupa macam tadak timbalan aje.

Mengikut pengamatan lebih kurang aku, rasanya Husam menang jugak nanti. Nash – join lefthanded lah. Nama pun sama. Bukan apa, aku dok nampak kalo PEH ni penuh dengan golongan berserban dia jadi tadak commercial appeal. Kesudahnya nanti PRU ke 13 kita kalah teruk. Hangpa dah lupa ka trend pilihanraya umum? Harap-harap kali ni tak jadi lagu tu.

Biaq la Tok Guru Nik Aziz aje ulama yang ramai peminat orang muda. Yang lain-lain tu susah mau cakap lah.

STADIUM RUNTUH – KITA TENGOK APA PIMPINAN P.R NAK BUAT

Stadium runtuh ni sebenaqnya durian runtuh, tapi kita kena le ke kebun untuk kutip.

Stadium ni terletak dalam negeri bestari, apa jadah hadari ntah. Sementara dalam 4 negeri lagi, Presiden Pesatuan M-League-Is-Not-Football peringkat negerinya orang P.R kecuali Kelantan (Anuar Musa). Benda ni boleh dipolitikkan, dengan cara menolak apa-apa perlawanan bola di Kuala Terengganu. Stadium lama pun jangan main. Semua kena buat kat Bukit Jalil. Lagi, boleh desak untuk tak lawan team Teganu gara-gara menyediakan venue yang tak selamat selama M-League diadakan. Apalah sangat ‘M-League-Is-Not-Football’ kalau takda team Selangor, Kedah dan Perak, walaupun Perak macam taik sekarang. Tapi aku percaya, kalo lawan Perak, peminat bola at least tunggu jugak result.

Lagi, apa-apa acara sukan yang dibuat di Kompleks Sukan K. Terengganu kena pulaukan. Kena buat sampai orang Teganu merasa malu dengan negeri depa gara-gara berkerajaan BN. Lama-kelamaan akan ada mindset apa-apa projek yang difaraidkan ke kroni-kroni BN tak selamat. Lagi baguih buat sampai Agong pun terang-terang benci BN. Sekarang ni, ada lagi golongan atas pagaq yang pikiaq ‘dah benda nak jadi, ni bukan salah BN’. Golongan ni yang kita kena tampaq dahi depa. Geram aku kat bangsat sebangsa aku ni.

Ni benda yang aku boleh tulih dalam blog, tapi depa yang bergaji tadak masa ka nak pikiaq nak buat apa? Setakat tulih dalam blog, keluaq press statement menggesa kerajaan menyiasat je apa dapat? Cuba la radikal sikit. Benda macam ni jadi radikal pun orang tak marah.

Lagi satu, projek ni siap masa Shabery Air Lioq tepi bibir jadi menteri. Nak harap dia berenti? Hahaha. Telan air lioq la.

SEMPENA PERHIMPUNAN MELAYU GEGAR PERAK

Aku mula-mula tak amik port langsung puak tu nak buat apa pun. Cuma, it’s interesting to know the real agenda behind this rally. Secara depan mata kita boleh menjangkakan ini satu percubaan dari Umno untuk menunjukkan betapa orang Melayu berada dibelakang mereka. Tapi betoi ka ni agendanya? Ka kena seluk dalam seluaq baru rasa kekerasannya?

Tapi yang lagi interesting ialah apa Pakatan Rakyat nak buat? Buat taktau? Nak stay defensive sampai taik nak terkeluaq? Atau ada pemikir yang tengah merancang sesuatu yang offensive?

Fikirkan senario ini;
“(Anwar Ibrahim dan Nizar berpakat sesuatu yang hanya mereka berdua je yang tau agenda ini.) Mereka bersama penyokong Melayu di dalam P.R sedang berarak membawa sepanduk di dalam jawi menuju ke Perhimpunan Melayu Perak. Dianggarkan jumlah yang mengikuti mereka lebih ramai dari ahli Umno yang tengah hadir di dalam Stadium Indera Mulia tersebut.Pihak polis tidak berjaya mengesan orang-orang terbabit kerana mereka hanya berpakaian seperti orang Melayu lain.” Cuba bayangkan kalau P.R boleh buat macamni, apa impaknya bagi orang yang berada dalam stadium tersebut? Nak halau? Haih, depa yang jemput. Polis yang jaga? Gerenti tak ramai punya. Kat dalam dewan pulak, takkan tadak sekumpulan yang dah kerat janggut (takmau bagi nampak macam orang PEH) yang menunggu siap-siap di dalam dewan tersebut yang akan bertakbir bila segerombolan manusia-manusia P.R tadi masuk dewan? Tv nak cakap apa, orang P.R nak hijack majlis? Hahaha. Kalau depa kata macam tu maknanya P.R dalam keadaan ofensif. Masyarakat secara umumnya akan kata yang Umno tolak perpaduan hingga sanggup menghalau Melayu lain. Kalau nak Hollywood sikit, takboleh ka P.R setup sistem audio yang berlainan dalam stadium tu sebelum perhimpunan tersebut. Gunanya ialah masa Anwar dan Nizar masuk, ada pulak MC yang ‘virtual’ announce ketibaan mereka dan meminta hadirin bertepuk gemuruh atau bertakbir dan mempersilakan mereka untuk memberi ucapan. Nak takut apa, Melayu P.R lagi ramai. Kalau dengaq jek puak Umno nak ‘boo’, kita baleh dengan takbir sampai nak tekeluaq kerongkong. Hahahah. Takpun hijack jek sistem tu, bukan susah pun.

Yang ni saja aku berangan sensorang la. Yang ni takkan terjadi, tu sebab aku berani publish. Yang boleh diusahakan tu biaq orang-orang terbabit fikir sendiri. Aku tak boleh tulis sini. Biaqla cerita atas yang ada cacat cela menjadi contoh yang mudah. Nak idea best boleh, kena beli la. Aku mahai!

Aku suka dibuktikan aku bersalah. Tapi yang aku dapat rasa pemimpin P.R ni dok bengong macamtu jugak. Abis kuat pun bagi komen dalam Sinar, lepas tu tulih kat blog masing-masing. Dekat bloggers aku tak kisah langsung kalo depa setakat nak tulih aje – dah tu deme koje tanpa bergaji, tapi yang agak ataih nun, yang dok dapat elaun parti apa hangpa nak buat?

Kalau tadak akai apa nak buat pi terjun lombong la weih.

Monday, June 1, 2009

UPDATE - early june edition

minta sembah derhaka jika anda mengikuti blog ini dan mendapati ia tidak diupdate. aku maleh nak sentuh pasai perak, penanti ataupun manik urai. takda apa yang interesting pun. aku banyak lepak luaq, tengok gaya orang.
apa yg best, bila sembang ramai-ramai pasai TEKUN dan karenah birokrasinya kini, sempat juga aku bedai orang umno yang dok percaya TEKUN (baca Umno) ni tolong melayu, dan bagitau dr mansoq adalah antara orang yang mengasaskan TEKUN ni. ada juga mulut nakai dok percaya dr mansoq ni tarak buat apa pun, tapi aku kata kalo betui, dah lama MSM dok heboh dan jatuhkan dia dengan isu ni. then aku bagi kata pemati. aku bukak cerita grameen bank (http://www.grameen-info.org/index.php?option=com_content&task=view&id=19&Itemid=114) dan aku bagitau MARA pun belajaq dari sini. depa heran dan tanya 'takkan mansoq yang buat kot?' dan aku bagitau depa anwar ibrahim yang hantaq orang MARA belajaq kat grameen bank ni dan buat program tolong orang miskin kat malaysia ni. tercengang depa! geram aku, dok melayu sini sana! apapun aku kena bagi kredit kat MSK yang cerita pasai ni kat aku.

ok, pasai priory of jenin. aku takmo selalu update tulih panjang buat masa ni, cukup lah aku kata kami tengah plot something. kerja ni kemungkinan besaq tadak habuan apa pun, tapi kalo ikut pelan betui-betui, boleh kecoh jugak perak ni. its a damn meticulous hardwork. silap step memang naya.

akhir kata, secara personalnya saya menyeru kalau ada peluang kita perlecehkan umno, kita buat. tak kira cara apapun. pertimbangan moral? kita orang bawah, persetankan etika dan moral. tambah-tambah dengan aaa, aaa, aaa sekoq tuh.